Hajime mashite

HAJIME MESHITE DOZO YORUSHIKU......... SELAMAT DATANG........ITSUMODEMO TOMODACHI DE

Khamis, 24 September 2009

PATIN TEMPOYAK TEMERLOH






Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin sungai atau sangkar 3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak 50 g cili api ( digiling ) 2 cm kunyit hidup ( digiling ) 2 bunga kantan ( dibelah ) garam gula daun kesom secukupnya asam keping secukupnya
Cara:
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam ) Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling. Kemudian masukkan ikan dan tempoyak. Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula. Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.
Cadangan Hidangan:
Makan lah bersama nasi . Ada pulak sambai tempoyak..lagi sedap
Tambahan:
Fuh lazat.tapi ingat jangan guna sebarang jenis bawang, kerana ia kan menghilangkan rasa tempoyak. Kalau anda pergi Temerloh Bandar Ikan Patin, jangan lupa makan Patin Sungai Masak Tempoyak. Bawalah duit sebanyak Rm 400.00 untuk makan seramai 4 orang. Sedap wei... bahagian yang paling lazat pada ikan patin ialah di bahagian bawah kepala.9 Kira macam dekat dadalah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan