Hajime mashite

HAJIME MESHITE DOZO YORUSHIKU......... SELAMAT DATANG........ITSUMODEMO TOMODACHI DE

Rabu, 21 Oktober 2009

BACA BOLEH ...PERCAYA TERPULANGLAH

Baca boleh..nak percaya terpulanglah. ..

1. Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand. 2. Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera. 3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune. 5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak, 6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. 8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan 9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km 10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi. 11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita. 13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan 14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. 16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu 19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah 20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel. Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini. Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri. Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai. Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio. Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya. Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan. Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti. Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia. Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit. Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya" . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati. Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi. Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju. Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh. Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga. Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit. Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya. Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang. Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan. Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya. Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika. Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans. Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan" - sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta! Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US. Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi. Gajah Afrika hamil selama 640 hari. Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang. Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland. Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya. Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya. Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa. Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi. Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini. KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik. Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia. Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh. Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup. Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat. Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa. Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut. Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta. Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu. Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi. Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan. Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'. Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati. Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare. Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi. Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu. Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'. Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus. Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat. Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita. Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya. Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan. Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik. Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A. Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya. Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954. Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia. Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi. Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun. Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia. Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning. Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan. Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan. Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara. Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki. Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya. Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara. Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima. Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun. Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya. Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar. Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap. Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok. Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak. Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera. Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda. /font Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar. Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand. Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi. Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari. Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama. Kucing tidak boleh merasa rasa manis. Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.
Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang
Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.
Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior
Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.
Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.
Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut
Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. --kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita orderdulu orang lain yg kemudian order dapat dulu.
Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri
Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam
Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.
Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.
Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun
Berat bumi ialah 6,588,000,000, 000,000,000, 000,000,000 tan
Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.
Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.
Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang - 350 kambing.
Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya
Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan
hanya 4 baris perkataan.

Isnin, 19 Oktober 2009

PANDUAN MENGURUT

The Organs of our body have their sensory touches at the bottom of our foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the organs are on right and left foot, the heart is on the left foot. This time, it put organs on the feet as they are. Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to. It is indeed correct since the nerves connected to these organs terminate here. This is covered in great details in Acupressure studies or textbooks. God created our body so well that he thought of even this. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times. So, keep walking...





Ahad, 18 Oktober 2009

Lamb Born With Seven Legs


Lamb Born With Seven Legs in New Zealand A seven-legged lamb has been born in New Zealand.Two of the extra legs hang useless behind the lamb's forelegs. The animal has three hind legs, one of them with two hoofs. It walks using its two forelegs and three hind legs. The lamb was born last Friday on the farm of Dave and Di Callaghan. MrCallaghan said he was surprised to find the seven-legged creature, born with a twin, walking round in the paddock with its mother and normal twin sibling. "I have never seen anything like that," he said. Although the six-day old bleats like a healthy animal, its abnormalities mean it is unlikely to survive.Veterinarian Steve Williams at the Canterbury Vets clinic in the rural town of Methven said he believed an error during embryo formation had resulted in the lamb being born polydactyl -- with many legs -- a condition that occurs once in several million sheep. He said the lamb was also hermaphrodite and missing a portion of its bowel so was unable to pass faeces and would have to be destroyed."To keep it alive is probably inhumane really," Mr Williams told the Ashburton Guardian newspaper. Source: Telegraph

Jumaat, 16 Oktober 2009

tangisan

Tangisan...Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian.Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah. Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah: 1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut. Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu). Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda. 2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.” 3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata.Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.” 4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah: “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 5. Bimbang terputusnya rahmat Allah Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya. Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis. 6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu. Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83- 84) Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar. Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.”

sejarah pahang

AKU JUMPA NI DALAM WEB WAWASAN 2020 MINTAK MAAF KALAU APA YANG DICATAT DISINI TAK BETUL SEBAB AKU PUN YAK TAHU JUGAK WALAUPUN AKU ORANG PAHANG J
THE STATE OF PAHANG A Brief History

Introduction:
Prior to the establishment of the Malacca Sultanate, Pahang was in control of the southern areas in the Malay Peninsula. The Majapahit people at that time reffered to the Peninsula simply as 'Pahang'. At the beginning of the 16th century, the period when the Malay State of Johor was established, the borders of Pahang were as follows; in the south at Sedili Besar, in the north reaching Terengganu. It's western borders of Pahang were as follows; in the south at Sedili Besar, in the north and west borders of Pahang are a chain of mountains, i.e. the Main Range. On the east side is the South China Sea. Pahang is the largest state in the Malay Peninsula. Total land area is 35,515 square kilometres. There are 11 districts in Pahang; which are Kuantan, Maran, Pekan, Rompin, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis ,Cameron Highlands and Bera. People of various religions and races make up the population.
The Origin Of It's Name
Pahang Darul Makmur was called differently many centuries ago. A Chinese writer called it as Pang-Hang Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang and others. In 1225, Choa Ju-Kua wrote the book 'Chu-Fan-Chi'. He wrote that amongst the states invaded by San-Fo-Chi was one called Peng-Keng, i.e. Pahang. The Arabs and Europeans at that time called it as Pam, Pan, Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang and Pahagh. G.R Tibbets, a historian who commented the story written by Mas'udi thought that Fanjab (in Mas'udi's book) was Pahang. He preferred to call it Fanhan, Panghang/Panhang, rather than Fanjab. Certain people said that the name 'Pahang', originated from the language of a Siamese aborigines tribe, meaning 'ore'. The aborigines used to live here and opened up several mining areas, especially in Sungai Lembing. According to an old Malay story, at the place near the Pahang River, on the opposite side of Kampung Kembahang, a large 'mahang' tree fell across the river, thus the name ' Pahang originated'. Pahang was also known as 'Inderapura', otherwise called Pahang Inderapura. It's infamous Royal Town and once of the Malacca Sultanate, Pekan was known as 'Pura'.
The Pre-Historic Period
Archeologists had done many researches and excavation works in various sites in Pahang. Popular archaeological sites are caves, mountains, river banks, old mining areas and a few open spaces. Amongst the artifacts discovered were stone implements, ceramics / earthen-wares, bronze and iron implements. The well known archaelogical sites in Pahang are; Kota Tongkat, Kota Gelanggi (near Jerantut); Gua Kecil (Raub); Gunung Senyum, Bukit Chintamanis (Karak); Sungai Lembing, Tersang (Kuala Lipis); Sungai Selinsing, Sungai Tui, Nyong, Teluk Lubuk Puai, Batu Pasir Garam, Bukit Jong and Kg. Pagi (the meeting point of Sungai Tembeling and Sungai Pahang). Most of the artifacts discovered underneath the ground were artifacts made of stone; made and used by the mesolithic people. Archaeologists believed that the mesolithic people lived in caves and mountains. They were the first to arrive at the Asian Mainland and Malay Peninsula. The Malay Proto group, started to live in the Peninsula about 3000 / 2000 B.C. Several agricultural implements were found underneath the ground. Archaelogists belived that they were made by the people from the last Stone Age. The implements were the heads of spears, knivers, scythes, hoes and other unusual iron implements. These artifacts were found of several places; by the Sungai Lembing , Teluk Lubuk Puai and Bukit Jong (by Sungai Lipis). In Kampung Batu Pasir Garam (by Sungai Tembeling), archaelogists discovered a fraction of an ancient drum made of bronze or Dong S'on Drum. It was used by the people who observed the Bronze Culture. Dr. Linehan stated that this Dong S'on Drum was made in Indo-China and brought over from Funan to Ulu Tembeling sometime in the 3rd century together with implements made from ancient irons. According to anthropologists and historians, the deutro Malays were the ancestors of the Malays living in the coastal districts of the Malay Peninsula. In ancient times, besides the aborigines ( the Semang tribes ), Pahang was inhabited by the Middle Age men and the Last Stone Age ( early Bronze Age men).
State Monarchy and Ruling
The system of monarchy was established in Pahang many centuries ago. The first Sultan was Sultan Muhamad Shah ( 1469-1475 ), the prince of the Sultan of Malacca. His descendants continued to hold the throne of Pahang for more than 200 years. The last from the family was Sultan Mahmud Shah, who died in 1699. Following his death, power was taken by the family of Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Padang Saujana. They established the independent influence of Riau-Lingga.
The English came over and established their hegemony over Pahang in the late 19th century. J.P.Rodger was appointed as the first Resident in October 1888. Top priority was to centralize all administrative works Pekan was first chosen, but after 3 years, it was transfered to Lipis. In 1901, a plan was made to transfer the centre to a new and permanent site. Final decision was taken on 2nd March 1953. The State Government considered 2 sites, Temerloh / Mentakab and Kuantan. The former had a problem of uneven land; wich required vast amount of money to develop. It was settled Kuantan was to be new capital. The late Sultan Abu Bakar proclaimed the new state capital on 27th August 1955. On 28th February 1970, all administrative works were centralized in the newly constructed Wisma Sri Pahang.
The Early Transporation System
In the past, the river of Pahang, Kuantan, Bebar, Rompin, Endau, Tembeling, Jelai, Semantan and other small ones were used as the main transportation way for travelling between districts and to other states. Somebody going to Kelantan may use the Tanum River (of the Jelai River) or using the Sat and Sepia River (both the tributaries of the Tembeling River). The Sepia River can also be used to go to Terengganu. The way to Perak is harder, using the Bertam and Lipis Rivers (of the Jelai River). The Semantan River and it's tributaries were used to travel to Selangor. The main way used in the past was the one connecting Pahang with the districts in Hulu Muar and Malacca.This river route goes upstream of the Pahang River through it's tributary called Bera River then through Serting River. At the end of Serting River the boat has to be pulled onland for three hundred yards. That place is called 'Penarikan' meaning a place where travellers pulled their boats onland. Then the route follows down stream Jempol River and to Muar River. From Muar one can go to Malacca and other places on the west coast of Peninsula Malaysia. This is the route followed by Sultan Mahmud Shah of Malacca and his son Sultan Ahmad when they were defeated by the Portuguese in 1511 at Pagoh and Bentayan. This some route was used by Sultan Ali (the son of Sultan Husain Shah of Singapore) from Umbai Malacca to Pahang to meet Bendahara Wan Ahmad Pahang (Pekan) in 1863. Gadinho de Eredia an author and a Portuguese officer in Malacca in 1613 stated that "From Malacca to Pahang via 'Penarikan' takes six days to and fro". Perahu jalak ( small boats ) were used to carry both cargoes and passengers. These boats could accommodate 12 passengers and about 15 tonnes of cargo. The rent for each journey from Kuantan to Kuala Pahang was $25.00. The Sungai Lembing Mining Company (PCCL) started the daily transportation service between Kuantan and Pasir Kemudi, the passengers and cargoes were transported by train to Sungai Lembing. Before the road from Jerantut to Kuantan was completed, the officers in Ulu Pahang travelling to Kuantan or Pekan had to use boats ( perahu ) and rafts heading towards the down stream direction of the Pahang River. After a few years under the English administration, construction works to build roads were started. By the end of 1910, a road of 18 miles long from Kuantan on 5 September 1910. In 1918, the Jerantut-Kuantan road was extended to link it with Kuala Lipis. In the later period of 1933, the road from Pekan to Kuantan was officially opened. The transportation and communication system in Pahang was further imporved with the construction of roads bridge, airport and port. These had shortened and facilitated the journey and communication from one place to an other in Pahang Darul Makmur, Malaysia and the neighbour countries like Singapore (in the south) and Thailand (in the north).
ATI

LRT

BAGI ORANG KL DAH TAK HERAN LAGI BENDA NI TAPI BAGI ORANG FELDA JENGKA ATAU MANA MANA ORANG LUAR BANDAR BENDA APA LAH NI

Ahad, 11 Oktober 2009

GEMPAR MATI LAPAR DI BALING

Gempar mati lapar di Baling
YANG dicari ialah orang mati kebuluran di Baling tetapi yang di temui ialah lebih 20 orang pengganas komunis yang keluar dari hutan kerana mahu membantu orang Baling yang menderita kesempitan hidup akibat kejatuhan teruk harga getah pada akhir tahun 1974.
Cerita mati kebuluran itu telah menggemparkan negara berikutan dengan tunjuk perasaan pelajar-pelajar institusi pelajaran tinggi di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) diikuti dengan tunjuk perasaan penoreh-penoreh getah di Baling sendiri dihadapan Menteri Perusahaan Utama Datuk Musa Hitam.
Apabila seorang pensyarah Universiti Malaya Profesor Zainol Abidin Wahid turut percaya kepada cerita ini, maka Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Mazlan Nordin (Tan Sri) telah mengarahkan saya untuk ke Baling bagi menjalankan siasatan.
Di Baling saya mendapati bahwa bukan sahaja ramai orang mempercayai cerita ini tetapi pengganas komunis dalam hutan juga turut percaya sehingga mereka berani keluar dengan beruniform dan bersenjata untuk memberikan bantuan perubatan kepada orang kampung kerana mereka percaya orang kampung yang sedang menderita pasti akan menyambut mereka dengan baik.
Sebagai pemberita saya kira saya cukup bernasib baik pada hari itu kerana mendapat berita eksklusif di luar jangkaan, komunis keluar dari hutan tahun 1974 ketika negara berada dalam aman damai dan ketika orang ramai menyangka gerakan pengganas komunis telah tamat di Malaysia.
Sebelum saya ke Baling, pelajar- pelajar Universiti Malaya dan institusi pengajian tinggi lain telah mengadakan tunjuk perasaan secara haram di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan juga di kawasan Masjid Negara Kuala Lumpur bagi menyatakan simpati terhadap penoreh getah di Baling yang menghadapi kejatuhan harga getah. Mereka mendakwa ada penoreh yang mati kebuluran.
Polis terpaksa bertindak menahan kepala tunjuk perasaan itu, Anwar Ibrahim dan Idris Sanusi pada 14 Disember 1974 di bawah ISA.
"Bukan kerana dia pemimpin ABIM tetapi kerana menghasut pelajar- pelajar mengadakan demonstrasi haram," kata satu kenyataan polis.
Dalam tunjuk perasaan itu pelajar pelajar telah membaling batu dan memaki hamun polis sebagai anjing dan barua kerajaan.
Menteri Pelajaran ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah mencabar pemimpin-pemimpin pelajar supaya memberikan nama orang yang didakwa sebagai mati lapar dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak mensifatkannya sebagai cerita dusta.
Setiba saya di Baling pada 17 Disember 1974, saya telah menemui Penolong Pegawai Daerah Baling Abdul Rahim Ahmad dan secara kebetulan apabila beliau membawa saya ke Rumah Rehat Baling untuk makan tengah hari, saya telah dapat berjumpa serentak semua orang yang ingin saya temui kerana mereka berada di situ iaitu Pegawai Polis Daerah Baling Raja Ahmad bin Raja Badiozaman dan tiga orang doktor dari Hospital Baling iaitu Penolong Pegawai Perubatan Dr. Tan Ah Hock, Dr. Muthusamy dan Dr. Indrani.
Ketiga tiga doktor itu menafikan adanya kes kematian kerana kelaparan seperti yang digemparkan oleh pelajar pelajar di Kuala Lumpur.
"Saya, Dr.Muthusamy dan Dr. Indrani tidak menemui kes begini sejak November lalu tetapi di kampung- kampung di sini memang rara rata orang miskin,"kata Dr. Ah Hock.
Beliau seterusnya memberitahu, "Untuk seseorang mati kebuluran akan mengambil masa beberapa bulan dan dalam proses menemui kematiannya dia hanya akan tinggal tulang dan kulit sahaja.
"Mustahil hal ini boleh berlaku di Malaysia, tidak mungkin jika seseorang itu berada dalam keadaan kebuluran tidak diketahui oleh jiran sebelah atau sekampung dengannya yang akan membantunya atau melaporkan kepada pihak berkuasa," kata Dr Ah Hock.
Bagaimanapun saya tidak berpuas hati dengan kenyataan ini dan saya telah meminta pertolongan Ketua Pemuda UMNO Baling masa itu Hussein Mohd Zain untuk membawa saya ke kawasan paling miskin di Baling untuk mencari mendapat bukti orang mati kebuluran dan juga untuk melihat sendiri penderitaan rakyat akibat penurunan harga getah ke paras paling rendah sehingga ke 15 sen sahaja sekati dari paras harga biasa antara 25 sen hingga 60 sen sekati.
Penoreh
Kehidupan para penoreh getah di sini benar benar tertekan kerana harga barangan keperluan meningkat dan harga sekati getah turun hingga kepingkat lebih rendah dari harga sekati gula iaitu 25 sen (sekati getah 15 sen).
Maka apabila pelajar-pelajar dari Kuala Lumpur masuk ke kampung kampung di Baling dan ke daerah yang berhampiran Sik dan Jeniang menghasut penduduk melancarkan "mogok lapar" bagi membantah penurunan harga getah, secara sepontan lebih 10,000 orang telah keluar berhimpun di hadapan Pejabat Daerah Baling yang berhampiran dengan Masjid Baling sempena kedatangan Menteri Perusahaan Utama Musa Hitam yang diutuskan khas oleh Tun Abdul Razak bagi menyelesaikan masalah penurunan harga getah itu.
Mereka mengadakan tunjuk perasaan hingga merempuh pintu pagar Pejabat Daerah Baling dan menurunkan bendera negeri Kedah dari tiang bendera di hadapan pejabat itu dan menaikan seberkas ubi kayu yang diikat pada tali bendera. Sesetengah mereka membawa parang dan cangkul.
Dua orang yang turut serta dalam tunjuk perasaan itu ketika usia mereka masih muda telah menceritakan semula pengalaman mereka apabila saya temui di Baling baru baru ini. Mereka ialah Roslan Ahmad dan Pegawai Jasa Baling (Jabatan Hal Ehwal Khas) Haji Mohd Othman Mohd Noor.
"Ketibaan Musa dengan helikopter telah mereka sambut dengan jeritan Musang Hitam! Musang Hitam!." kata Roslan.
Beberapa orang penunjuk perasaan yang membawa parang dan cangkul telah ditahan oleh polis.
Setibanya dengan helikopter di kawasan tunjuk perasaan itu, Musa telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Pegawai Daerah, pegawai pegawai kerajaan,penghulu dan juga pegawai polis.
Musa tidak mempedulikan nasihat mereka supaya jangan bertemu dengan penunjuk perasaan sebaliknya beliau berjalan seorang diri ke arah orang ramai tanpa diiringi oleh polis sambil mengangkat tangan kepada mereka. Ini menyebabkan teriakan "musang hitam" semakin kendur.
Musa berjaya menenangkan suasana dan menyuraikan tunjuk perasaan itu apabila dalam ucapannya beliau menyampaikan jaminan Tun Abdul Razak bahawa harga getah akan dinaikan serta merta.
Disamping itu beliau juga memberitahu penunjuk perasaan yang ditahan akan dibebaskan segera dan kenderaan akan disediakan bagi menghantar pulang penunjuk-penunjuk perasaan yang telah berjalan kaki begitu jauh untuk menyertai perhimpunan di Baling, antara mereka ialah penoreh getah dari Sik dan Jeniang.
Saya meninjau ke Baling selepas peristiwa tunjuk perasaan itu.Cerita kesusahan hidup yang saya dengar di Kampung Weng Dalam dan juga di Kampung Tanjong Pari amat menyedihkan. Penoreh-penoreh getah di kampung ini turun rumah pada pukul lima pagi untuk menoreh hingga pukul 11 pagi dengan hanya mendapat kira kira lima puluh sen sahaja sehari.
Mereka terpaksa membuat kerja-kerja lain untuk menambahkan pendapatan tetapi peluang kerja sangat terbatas masa itu kecuali memancing ikan,mencari kayu api atau mengutip akhbar lama dan botol untuk dijual. Ada juga yang bercucuk tanam di tanah pinggiran sungai tetapi tidak mendatangkan hasil segera.
Saya mendengar cerita anak anak yang dipukul oleh tuan tanah kerana mencuri rambutan di kebun mereka untuk dimakan kerana kelaparan.
Beberapa orang di Kampung Pari berjalan kaki empat lima jam untuk masuk ke hutan mencari bijih yang mendatangkan hasil hanya antara RM 50 hingga RM 60 sahaja untuk hidup beberapa hari dan kemudian masuk ke hutan lagi.
Penolong Pegawai Daerah Baling Abdul Rahim Ahmad memberitahu, kesempitan hidup menyebabkan orang kampung menjadi lebih rajin, berkerja keras dan lebih kreatif.
Dia bertanya kepada saya, "Apakah orang Melayu malas sekiranya mereka sanggup menunggu berjam-jam memancing untuk mendapat seekor ikan. Yang perlu ialah mereka disalurkan kepada kerja yang lebih produktif."
Meninjau
Saya telah meninjau hampir seluruh kawasan paling miskin termasuk mereka yang tidak bertanah yang tinggal di kawasan tanah pinggir tepi sungai menuju ke Tanjong Pari tetapi tidak juga menemui orang mati kebuluran sebaliknya saya diberitahu oleh Hussein Mohd Zain yang memandu saya bahawa pengganas komunis telah keluar di Batu 8 Weng baru-baru ini.
Hussein bercerita hal ini secara bersahaja tetapi bagi saya ini adalah suatu berita besar yang memerlukan pengesahan segera dan ada kena mengena dengan kemiskinan di Baling.
Ketika negara berada dalam keadaan aman damai setelah lebih sepuluh tahun darurat diisytiharkan tamat maka kehadiran pengganas komunis di tengah-tengah masyarakat kampung adalah luar biasa.
Saya seperti tidak percaya terus bertanya kepada Hussein, benarkah? Benar, katanya dan membawa saya menemui sendiri salah seorang dari orang kampung di Batu 8 Weng yang turut dalam pertemuan dengan pengganas komunis itu.
Berita ini seterusnya telah disahkan oleh Pegawai Polis Daerah Baling, Raja Ahmad Raja Badiozaman yang agak terkejut kerana saya telah mengetahuinya. "Di mana saudara tahu," tanya beliau ketika saya datang ke rumahnya lewat petang untuk mendapatkan pengesahan.
"Orang kampung di Weng beritahu," kata saya. Beliau menjemput saya naik ke rumahnya, menjamu laksa dan mengesahkannya.
Menurut beliau lebih 20 orang pengganas komunis telah keluar dari hutan dengan beruniform dan bersenjata, membawa kamera, alat perakam dan memberikan ubat-ubatan kepada orang kampung. Ini menjadi berita eksklusif Utusan Melayu yang menggemparkan tanah air.
Kira-kira 18 tahun sebelum itu Baling telah mencatitkan sejarah apabila Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan dua orang kanannya Rashid Maidin dan Chen Tien telah keluar dari hutan untuk mengadakan rundingan bagi mencari perdamaian dengan Ketua Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Putra tetapi perundingan itu gagal.
Nyatalah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin pelajar mengekploitasi cerita mati kebuluran itu tidak sahaja menyakinkan rakyat biasa tetapi sampai kepada pengganas komunis yang masih berjuang di dalam hutan. Tetapi saya dimaklumkan oleh penduduk penduduk setempat bahawa pada masa itu ramai ejen- ejen komunis yang tinggal dalam bandar Baling.
Keadaan kemiskinan di Baling masa itu telah diburukkan lagi oleh kerana pegawai- pegawai kerajaan dan agensi agensi kerajaan yang bertanggungjawab tidak berperanan dengan berkesan untuk mengubah system sosial di kalangan masyarakat setempat dan tidak sensitif kepada keadaan sekitar yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.
Saya mencatatkan dalam siri tinjauan saya yang disiarkan oleh selama tiga hari berturut-turut dari 5 hingga 7 Januari 1975 bahawa, "Keyakinan terhadap sesuatu kerja hanya dapat ditanam di kalangan orang kampung sekiranya mereka telah melihat hasilnya. Jika tidak mereka akan kembali kepada cara hidup tradisi.
"Saya sama sekali tidak melihat keadaan kemiskinan di Baling dengan perasaan putus asa dan kecewa kerana saya menyedari akan kesanggupan besar yang ada pada negara baik dari segi kewangan, tenaga dan jentera kerajaan sendiri untuk mengatasinya."
Baling sekarang bukan lagi merupakan daerah termiskin di negeri Kedah sebaliknya telah banyak berubah menjadi sebuah daerah yang pesat membangun , penuh dengan bangunan-bangunan baru, pejabat kerajaan dan kedai perniagaan yang beraneka dengan persekitarannya yang indah. Ia juga terkenal dengan tempat percutian air panas Ulu Legong.
Bagaimanapun yang tetap tidak berubah ialah bekas pemimpin pelajar yang memimpin tunjuk perasaan pelajar lebih 30 tahun dahulu. Walaupun realiti negara telah berubah, kerajaan telah menukarkan anak petani nelayan dan orang kampung menjadi orang terpelajar, profesional, ahli perniagaan dan sebagainya tetapi dia masih berada di jalan-jalan raya untuk kerja yang sama dengan menggunakan pelbagai isu rakyat yang real, rekaan dan juga imiginasi.
Beliau memang mempunyai kepakaran dan kecekapan mengeksploitasi isu yang kecil menjadi besar, yang hitam menjadi putih , kekarutan menjadi kebenaran malah berjaya menutup kehinaan dan dosa dari satu pementasan ke satu pementasan DARI UTUSAN MALAYSIA 11.10.09

Jumaat, 2 Oktober 2009

AINA OH AINA ABU SAMAH









































GAMBAR AINA MASA KECIL HINGGA UMUR EMPAT TAHUN MEMANG NAKAL DAN TAK TAKUT KAT ORANG




ALIFF ABU SAMAH @ FRIENDS

















ALIF DENGAN PELAJAR UIA DARI AFGHANISTAN ,YANG RAMAI TU PELAJAR DARI KOREA SELATAN, BERSONGKOK TU KENANGAN RAYA , DALAM AIR TU DILUBUK JED KUALA SENTUL , BECA TU TEKA LAH DIMANA YA.....



Khamis, 1 Oktober 2009

jalan petaling



PETALING STREET DI KUALA LUMPUR PETALING JAYA DI SELANGOR KEDUA DUA NYA MEMANG MEMBANGGAKAN TAPI YANG DI KL CUKUP SEKSA KALAU NAK PARKING DAN MACAM MACAM HAL LAGI

lentang

Hutan Lipur Lentang or Lentang Recreational Forest (or Lentang Forest Recreational Park) is an ideal getaway, especially for city and town folks, from the hustle and bustle of city life to the calm and serenity of nature and tropical rainforests.
It is a pleasant and cool location for family and company outings, picnics and camping, providing not only recreational enjoyment but educational experience as well.
Hutan Lipur Lentang is accessible from the KL – Karak Highway and is about half an hour’s drive from Kuala Lumpur. To reach this recreational park, take the highway, and about 15km before reaching Bentong town you will find the signboard for the exit to Lentang.
You can take your car inside, after the entrance, and drive up to the food-stalls area, and park at the designated parking areas. The road follows the stream but to find the source of the waters, you will have to trek and walk further up the forested areas.

niaga kedai runcit