Hajime mashite

HAJIME MESHITE DOZO YORUSHIKU......... SELAMAT DATANG........ITSUMODEMO TOMODACHI DE

Khamis, 31 Disember 2009

FOREX

AZAM TAHUN BARU INI LAH YANG KOI BELAJAR SEPANJANG TIGA BULAN TERAKHIR 2009 RASANYA DAH NAK KHATAM DAH ......AZAM 2010 NI NAK BUAT REAL DAN YANG LEBIH PENTING UNTUNG UNTUNG UNTUNG .FOREX NI DAH LAMA KOI KENAL MULA BELAJAR SEJAK TIGA TAHUN LEPAS LAGI ...MEMANG PENING KEPALA TAPI TENGOK ORANG BOLEH BUAT DUIT KOI PUN NOK JUGAK









DOA AKHIR TAHUN AWAL TAHUN


Ahad, 27 Disember 2009

SEJARAH 50an

ABU SAMAH: 2 LAWAN 120
Pada 15 Oktober 1951, ialah peristiwa bersejarah kali kedua yang menentukan hidup matinya bagi saya di mana satu pergelutan hebat dengan 120 orang askar Melayu yang mengepung saya di rumah sendiri di Kampung Lanar, Mempatih. Tembakan hebat ke sasaran rumah mulai dicurahkan jam pukul 7.45 malam. Kejadian ini tersebar luas dan memberikan kesan-kesan yang mendalam kepada orang ramai. Selang beberapa tahun kemudian banyaklah orang-orang datang berkunjung ke rumah tersebut termasuk wartawan-wartawan untuk melihat kesan-kesan bersejarah yang dianggapnya sebagai suatu misteri itu. Untuk mengetahui lebih jelas peristiwa itu, di sini saya ingin coretkan secara ringkas peristiwa pertempuran dan pergelutan itu.Pada 14 Oktober 1951, saya, Mat Teluk, Idris [gambar kanan] bersama 5 orang kawan lagi sampai ke Kampung Lanar, Mempatih. Di sana kami menemui sejumlah orang termasuk Mohiddin (asalnya orang Karak, berkahwin dengan saudara sepupu saya selama lima enam tahun, tapi isterinya sudah setahun meninggal dunia). Mohiddin beritahu saya, esok, hari pekan sari Lanchang. Dia akan pergi menemui emak saya untuk menyampaikan berita tentang ketibaan saya.“Awak ada apa nak pesan bolehlah saya sampaikan,” katanya.Saya menyatakan setuju dan berjanji petang esok akan datang ke rumah Mohiddin untuk mendengar berita dan pesanan emak.Esoknya di pekan Mempatih mulai pukul 10 pagi lagi Mohiddin duduk seorang diri di atas sebuah bangku di kaki lima. Tuan punya kedai dan pengunjung-pengunjung amat hairan melihat keadaannya. Sampai jam hampir pukul 12, Mohiddin bangun sambil menepuk punggung lalu berkata: “Ah, nak pergi mereport!”Ini lebih menghairankan lagi orang ramai. Lantas kemudian Mohiddin betul-betul pergi ke pos askar di Sekolah Lubuk Terua, sebelah hilir pekan itu.Setelah pegawai askar menerima laporan Mohiddin yang saya akan datang ke rumahnya petang ini, pihak askar sangatlah sibuk membuat persiapan penyerangan dan menambah bala bantuannya lagi dari Kem Batu 5 Mentakab. Pukul 4 petang, seramai 120 orang askar Melayu mulai bergerak dan mengatur barisan pengepungan di sekeliling rumah saya yang terletak di atas sebuah bukit kecil. Sementara itu askar-askar yang tinggal di kemnya di Sekolah Lubuk Terua, Mempatih itu memanggil orang ramai di sekitarnya berkumpul, di sebelah malam diadakan jamuan teh dan membaca doa. (membaca doa yang dimaksudkan oleh askar itu ialah memohon agar berjaya Abu Samah dibasmi sama ada ditangkap hidup atau dibunuh mati). Dalam pada itu, pegawai askar juga memberitahu orang ramai, pada hari esok akan diadakan kenduri menyembelih kerbau.Pada petang itu, kira-kira pukul 4.30, dua orang anak perempuan Tok Imam Dollah yang mencari kayu api berhampiran rumah saya itu nampak ramai askar di sekeliling rumah. Kedua-dua merekapun cepat-cepat balik memberitahu bapanya. Mendengar berita itu, Tok Imam segera menyuruh anak-anaknya itu ke perigi di tepi paya memerhatikan apakah benar saya akan keluar pergi ke rumah itu untuk disekat. Kedua-dua gadis itu tunggu sampai pukul 6.30, akhirnya mereka balik kerana sembahyang Maghrib sudah masuk waktunya.
Abu Samah bergambar di sisi rumahnya di Kampung Lanai, MempatihSaya dengan Mat Teluk pukul 6.30 itu baru bertolak. Memikirkan kawasan perkampungan saya itu terdedah dengan bahaya kerana tak jauh dari kem musuh, tambahan pula askar musuh sentiasa datang meronda. Jika tak tahu selok belok kampung amatlah sukar. Maka saya tinggalkan Idris bersama 4 kawan lagi di rumah Haji Yaakob di seberang paya yang dilindungi bukit kecil, sedangkan saya dengan Mat tak menjadi masalah kerana kampung sendiri.Kami berjalan melalui belakang rumah Tok Imam, kebetulan Tok Imam sedang qamat untuk sembahyang Maghrib. Kami terus ke rumah Mohiddin yang jaraknya lebih kurang 100 meter dari rumah Tok Imam. Di sini Mohiddin sedang menunggu, nampak kelahirannya gelisah. Bila sampai saja dia minta saya segera pergi ambil barang-barang yang dikirim oleh emak saya diletakkannya di rumah saya sendiri anggaran 600 meter jaraknya dari rumah Mohiddin. Mohiddin berkata lagi, kerana banyak benda-benda berharga, dia letakkan di sebalik pintu, tak berani bawa ke rumah ini kerana hari ini sudah 3 kali askar meronda. Lantas Mohiddin menunjukkan jalan yang boleh diikut.Walaupun saya mempunyai rasa syak wasangka serta perasaan berat melihatkan tingkah laku dan gerak geri Mohiddin ini tetapi terpaksa pergi juga dengan mengikut denai kecil menuju arah belakang dapur rumah saya. Bila kami meninggalkan Mohiddin dalam 20 – 30 langkah, maka Mohiddin pun bertempik dan bernyanyi dengan suara yang lantang. Hati saya lebih mengesyaki yang ini merupakan satu isyarat. Mana pernah waktu sembahyang orang bertempik, menyanyi sedangkan rumah yang dekat tu Tok Imam sedang bersembahyang. Dari itu, saya beritahu Mat, kita harus lebih berwaspada lagi.Kami terus berjalan anggaran 20 meter saja hendak sampai ke kawasan belakang dapur, ribut kencang dan kilat petir pun bergemuruh, keadaan segera gelap gelita. Kami terus berjalan di sebalik rusuk rumah anggaran 15 meter menuju tangga bahagian depan. Sampai di depan tangga, saya minta Mat berkawal perhatikan jalan besar di hadapan itu manakala saya naik ke atas rumah.Sebanarnya, waktu kami memasuki penjuru dapur dan mengelilingi kawasan hadapan rumah entah berapa banyak tubuh dan kepala askar-askar musuh itu yang hampir kami pijak atau langgar bahkan di tepi tangga tempat Mat berkawal itupun terdapat beberapa orang askar yang duduk di pangkal tiang. Ini telah diceritakan sendiri setahun kemudian oleh seorang askar patriotik bernama Yahya, berasal dari Kampung Terung, Taiping Perak kepada saya ketika saya bekerja menghubunginya di Temerloh. Dia sendiri ikut serta dalam serangan itu.Yahya memberitahu: “Ketika ribut petir kuat itu, askar-askar meniarap di pangakal-pangkal pokok getah dengan menutup muka takut dihempap oleh ranting-ranting, dahan-dahan dan buah-buah getah yang berguguran dipukul rebut. Ketika itulah Abu Samah lalu” (yang sebenarnya Yahya tak kenal saya. Ketika itu saya memakai nama samara Mustafa), cuma dia bertanya saya: “Abu Samah di mana sekarang?”Bila saya tanya kembali “kenapa, apakah kenal dengannya?” barulah dia bercerita yang dia ikut serta dalam serangan mengepung rumah itu pada tahun sudah.Setelah selesai mangatur Mat berkawal, saya pun menaiki lima mata tangga dan menolak pintu spring di beranda depan, terus menuju ke pintu masuk yang kedua dan meraba-raba di sebalik pintu apa yang dikatakan oleh Mohiddin di sinilah diletakkan barang-barang berharga kiriman emak saya itu. Puas mencari dan meraba-raba di dalam gelap pekat itu tak berjumpa juga, lalu saya memetik pemetik api untuk menyuluh. Melihatkan cahaya dalam rumah yang agak terang itu, barulah askar-askar musuh yang disekeliling rumah itu sedar dan melepaskan tembakan yang sangat hebat.Mat yang sedang berkawal di tepi tangga tadi nampak di depannya musuh mara merangkak-rangkak. Bila dia melepaskan sedas tembakan, musuh yang berada di pangkal tiang di sisinya itu menembaknya. Mat terkena tembakan di belakang tapak kaki dan terkena senapang raifelnya lalu tercampak. Mat bergolek-golek dalam hujanan peluru hingga dapat meluluskan diri dari kepungan musuh itu akhirnya. Pada malam itu Mat sampai ke tempat gerup Idris yang ditinggalkan di rumah Haji Yaacob tadi. Tetapi gerup Idris setelah mendengar tembakan hebat itu lalu berundur jauh meninggalkan tempat itu.Saya di dalam rumah terus menerus dihujani dengan tembakan hebat. Bila musuh berhenti menembak, mereka menyeru “surrender”, bila tidak dijawab, musuh terus menghujankan tembakan. Begitulah hingga 6 – 7 kali seruan “surrender” yang kemudiannya diikuti dengan tembakan. Pada mulanya kerana tembakan arah beranda iatu sangat hebat, saya cuba hendak keluar menerusi pintu dapur. Beberapa pintu lain sebelum sampai ke dapur semuanya terbuka, tetapi apabila sampai ke pintu dapur yang terakhir, saya dapati ianya dikunci dari luar, hendak terjun melalui jendela semua jendela tertutup. Jadi saya terus berpatah balik ke beranda depan. Bila saja tembakan musuh ke arah beranda itu reda, saya pun keluar dengan tangan kanan memegang pistol dan tangan kiri mengenggam hand grenade (bom tangan), menolak pintu spring beranda. Bila sampai saja ke arah tangga yang terakhir, seorang musuh yang menghendap di tepi tangga itu menerkam dan memeluk tubuh saya. Pergelutan untuk melepaskan pelukan musuh itu sangat hebat juga hingga sampai ke halaman tangga. Di sini sekonyong-konyong datang dua tiga orang musuh untuk membantu, seorang daripadanya menghentakkan bud rifle ke arah pinggang saya. Kerana kuat hentakannya, maka tangan askar yang memeluk tubuh saya itu terlucut dan saya pun rebah tertiarap. Dalam keadaan yang amat genting inilah, saya berkesempatan mencabut pin dan melemparkan bom tangan ke arah tiga orang musuh yang berhampiran di mana seorang mati dan dua lagi luka-luka.Bila mendengar bunyi bom tangan yang kuat itu, musuh di sekeliling rumah sekali lagi menghujankan tembakan hebat disertakan pancaran “sport light” yang menjadikan kawasan di sekitar rumah itu terang benderang. Dalam masa jerit pekik dan tembakan gencar musuh itulah, saya merangkak-rangkak meluluskan diri keluar dari garisan kepungan musuh menuju ke tanah perkuburan di Kampung Chempedak untuk berehat pada malam itu.Sungguh belas kasihan kepada 120 orang askar musuh yang sejak pukul 4.00 petang mengepung rumah, pukul 7.20 mulai melepaskan hujanan peluru hingga pukul 7.45 saya keluar meluluskan diri dari kepungan, sampai dekat pukul 9.00 malam barulah tembakan berhenti, lepas itu pergi merayau-rayau ke segenap pelusuk pula untuk mencari saya kalau-kalau terjumpa.Sedangkan bahagian askar yang berkem di Sekolah Lubuk Terua, Mempatih yang mengumpulkan orang ramai untuk dijamu teh dan membaca doa itu juga tidak dimakbulkan Allah S.W.T. kerana menyokong serta mempertahankan imperialism Inggeris yang kejam dan zalim selama ratusan tahun menjajah bumi tanah air yang tercinta. Rancangan jamuan besar-besaran menyembelih kerbau pada hari esoknya kononnya gembira kerana tertangkap atau terbunuhnya Abu Samah yang gagal itu juga dibatalkan.Esoknya, pagi gelap-gelap lagi saya meninggalkan tanah perkuburan Kampung Chempedak menuju ke kampung Sungai Nangka, Bolok Hilir ke rumah Tok Haji Mat Taib. Tak lama Mat yang luka di belakang tapak kaki pada malam itu juga sampai. Sedang lima orang yang dipandu Idris itu tetaplah sudah pergi jauh, dua tiga hari kemudian baru mereka sampai ke Kerdau. Dalam anggapan Idris, setelah hampir setengah jam tembak menembak, kemudian kedengaran bunyi ledakan bom tangan itu tentulah kami terkepung, tak dapat meluluskan diri lalu meletupkan bom tangan untuk membasmi musuh dengan mengorbankan diri sendiri. Dari anggapan inilah bila saja mendengar bunyi ledakan bom tangan, mereka pun cepat-sepat berundur dari tempat perjanjian pada malam itu.-----maaf copy tampa kebenaran sebab ceritanya penuh sejarah... dari blog kini dan silam kampung perdamaian sukhirin
Nota: catatan di atas adalah tulisan Abu Samah Mohammad Kassim yang dipetik dari buku beliau SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN, terbitan Nan Dao Publisher, Disember 1996

Isnin, 21 Disember 2009

TANGAN












Keutamaan Tangan Kanan Daripada Tangan Kiri
Hadith : Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda: "Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu."
Lelaki itu menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: "Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.”
Salmat berkata: "Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya)." -- Riwayat Muslim
Huraian
1. Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong.
2. Ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhu’, memakai pakaian dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan yang didahulukan.
Sementara untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.
3. Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang adalah seperti doa sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.
4. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana itulah tanda hamba yang bersyukur.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, 14 Disember 2009

DALAM KENANGAN SAMAD DAN MAKNJANG

AL FATIHAH DALAM KENANGAN 13.12.2009
KEMBALI KERAHMATULAH PADA 13.12.2009


SEMUGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT TERHADAP NYA ............SAMAD


DALAM KENANGAN 26.11.2009



SEMUGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT TERHADAP ROH MEREKA...ARWAH MAK ANJANG






AMIN YA RABAL AL AMIN


Selasa, 8 Disember 2009

ORANG KAYA

William Gates IIIRank: 1 Net Worth: $40.0 bil, Fortune: self made Software visionary regains title as the world’s richest man despite losing $18 billion in the past 12 months. Stepped down from day-to-day duties at Microsoft last summer to devote his talents and riches to the Bill & Melinda Gates Foundation. Organization’s assets were $30 billion in January; annual letter lauds endowment manager Michael Larson for limiting last year’s losses to 20%. Gates decided to increase donations in 2009 to $3.8 billion, up 15% from 2008.
Warren BuffettRank: 2 Net Worth: $37.0 bil, Fortune: self made Last year America’s most beloved investor was the world’s richest man . This year he has to settle for second place after losing $25 billion in 12 months. Shares of Berkshire Hathaway down 45% since last March. Injected billions of dollars into Goldman Sachs, GE in exchange for preferred stock last fall; propped up insurance firm Swiss Re in February with $2.6 billion infusion. Admits he made some "dumb" investment mistakes in 2008. Upbeat about America’s future: "Our economic system has worked extraordinarily well over time.

Carlos Slim Helu & familyRank: 3 Net Worth: $35.0 bil, Fortune: self made Economic downturn and plunging peso shaved $25 billion from the fortune of Latin America’s richest man. Global recession testing his ability to live up to the principles he sets for his employees: "Maintain austerity in times of fat cows." Son of a Lebanese immigrant bought fixed line operator Telefonos de Mexico (Telmex) in 1990; now controls 90% of Mexico’s telephone landlines.


Lawrence EllisonRank: 4 Net Worth: $22.5 bil, Fortune: self made Database titan continues to engulf the competition; Oracle has racked up 49 acquisitions in the past 4 years. Bought BEA Systems for $8.5 billion last year. Still sitting on $7 billion in cash. Revenues up 11% to $10.9 billion in the six months ended November 30; profits also up 11% to $2.4 billion. Stock down 25% in past 12 months. Invested $125 million in Web software outfit Netsuite; took public in 2007, stock has fallen 80% since. His shares still worth $300 million.



Ingvar Kamprad & familyRank: 5 Net Worth: $22.0 bil, Fortune: self made Peddled matches, fish, pens, Christmas cards and other items by bicycle as a teenager. Started selling furniture in 1947. Opened first Ikea store 50 years ago; stores’s name is a combination of initials of his first and last name, his family farm and the nearest village. Retired in 1986; company’s "senior adviser" still reportedly works tirelessly on his brand. Discount retailer now sells 9,500 items in 36 countries; prints catalog in 27 languages. Revenues up 7% to $27.4 billion in fiscal year 2008.


Karl AlbrechtRank: 6 Net Worth: $21.5 bil, Fortune:self made Germany’s richest person owns discount supermarket giant Aldi Sud. Retailer faring well amid economic downturn; analysts expect its 2008 sales to be up 9.4% to $33.7 billion. Sales in the U.S. up estimated 20% last year to $7 billion. Plans to open 75 U.S. stores in 2009, including first in New York City.


Mukesh AmbaniRank: 7 Net Worth: $19.5 bil, Fortune: inherited and growing Oversees Reliance Industries, India’s most valuable company by market cap despite stock falling 40% in past year. Merging his Reliance Petroleum with flagship Reliance Industries. As part of deal, will exercise right to buy back Chevron’s 5% stake in Reliance Petroleum at $1.20 per share—the same price at which he sold it 3 years ago. Today the stock trades for $1.80 a share. Increased stake in Reliance Industries in October; paid $3.4 billion to convert 120 million preferential warrants into shares. Reliance Petroleum refinery on India’s western coast began operating in December despite falling global demand and declining margins



Lakshmi MittalRank: 8 Net Worth: $19.3 bil, Fortune: inherited and growing Indian immigrant heads world’s largest steel company; ArcelorMittal was formed via hostile takeover 3 years ago. Stock in company makes up bulk of his fortune; shares at a 4-year low with steel prices down 75% since last summer. Company forced to pay heavy fines after a French antitrust investigation found 10 companies guilty of price-fixing in European steel markets. Arcelor posted $2.6 billion loss in most recent quarter; announced plans to slow acquisitions, cut capital expenditures, pay down debt. Started in family steel business in the 1970s, branched out on his own in 1994.

Theo AlbrechtRank: 9 Net Worth:Net Worth:$18.8 bil, Fortune:self made Runs discount supermarket group Aldi Nord; firm holding up amid economic downturn. Sales expected to hit $31 billion in 2008. After World War II he and older brother Karl transformed their mother’s corner grocery into Aldi. Brothers split ownership in 1961; Karl took the stores in southern Germany, plus the rights to the brand in the U.K., Australia and the U.S.



Amancio OrtegaRank: 10, Net Worth: $18.3 bil ,Fortune: self made

Railway worker’s son started as a gofer in a shirt store. With then-wife Rosalia Mera, also now a billionaire, started making dressing gowns and lingerie in their living room. Business became one of world’s most successful apparel manufacturers. Today Inditex has more than 4,000 stores in 71 countries. Sales: $12.3 billion. Ortega is chairman. Company exported its cheap chic Zara stores to 4 new markets last year: Ukraine, South Korea, Montenegro and Honduras. Stock up 1% in past 12 months, but fortune down because of weak euro.Info Source : justsharethis.com

BENDA PELIK
















ULAR SAWA




BERANI NYA BUDAK NI.....BUDAK NI BUKAN DI TEMPAT KITA TAPI DI LUAR NEGARA






Isnin, 30 November 2009

Ahad, 22 November 2009