Hajime mashite

HAJIME MESHITE DOZO YORUSHIKU......... SELAMAT DATANG........ITSUMODEMO TOMODACHI DE

Jumaat, 8 Januari 2010

PETUA LAGI

8 Punca Penyakit Ke atas Tubuh Badan
Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh? Sama ada suka atau tak, sebaiknya anda elakkanlah 8 perkara di bawah bagi memastikan kesihatan tubuh badan anda kekal terpelihara.
1. Tak cukup tidur di waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda sering tidur lewat.
2. Banyak tidur ketika siang hari.
3. Makan sehingga kenyang yang melampau. Sebaiknya anda makanlah sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, kan?
4. Suka tidur bila perut tengah kenyang.
5. Minum air pada waktu tengah malam.
6. Suka sangat menahan perasaan. Tetapi kalau anda yang suka bersabar tu dikecualikan lah. :)
7. Selalu sangat atau banyak melakukan jimak atau bersetubuh.
8. Melakukan hubungan jimak dengan isteri yang tua.
Begitulah antara perkara-perkara yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh badan anda.

gereja

sebuah gereja yang terletak di deretan rumah kedai Desa Melawati, Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur dibakar tengah malam tadi. Ikut ceritanya tiga lagi gereja sekitar Lembah Klang juga cuba dibakar malam tadi



dari malaysiakini dan agendadaily

DS NIZAR


Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang,Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan kenderaan dipandunya sendiri terbalik empat tayar keatas.Kejadian berlaku di Jalan Raja Nazrin Shah ,Ipoh jam 9.30 pagi Khamis semasa beliau mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang.Beliau yang cedera ringan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Bainun.Bagaimanapun beliau ditahan satu malam setelah ujian kesihatan dapati ada kesan darah tinggi

Khamis, 7 Januari 2010

TOK CHAR

GAMBAR NI KOI RASA BUKAN DI MALAYSIA MUNGKIN DI SELATAN THAILAND ...TAK PASTI LA PULAK YANG TOK SAMI TU ISLAM KE TIDAK.....KALAU ISLAM OK LAH KALAU BUKAN ISLAM ENTAH LAH TAK RETI NAK KOMEN






IHSAN DARI BLOG LANAI LISTARI


Isnin, 4 Januari 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

BANGUNAN TERTINGGI DIDUNIA SEKARANG TELAH DIRASMIKAN
DUBAI - Bangunan pencakar langit Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikawal ketat pada hari perasmiannya hari ini.
Bangunan itu akan dirasmikan pemerintah Dubai manakala beberapa akhbar tempatan melaporkan lebih 1,000 anggota keselamatan termasuk polis berpakaian awam dan pasukan penembak tepat dikerah mengawal majlis perasmian.
Ketinggian tepat Burj Dubai masih belum diumumkan secara rasmi tetapi pemajunya, syarikat Emaar menyatakan ia memiliki ketinggian lebih 800 meter manakala beberapa laman web melaporkan tinggi bangunan tersebut ialah 818 meter tetapi beberapa arkitek di UAE pula memberitahu, ia mungkin lebih tinggi daripada itu.
Bangunan pencakar langit yang mula dibina pada 2004 itu merupakan sebahagian daripada projek urbanisasi mega yang menelan belanja AS$20 bilion (RM68.4 bilion).
Projek itu turut melibatkan pembinaan pusat beli-belah antara terbesar di dunia, Dubai Mall.
Ketinggian Burj Dubai mengatasi bangunan pencakar langit tertinggi dunia sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter manakala bangunan Pusat Kewangan Dunia Shanghai di China berada di tempat ketiga dengan ketinggian 492 meter.
Menara Sears yang siap dibina pada tahun 1974 di Chicago, Amerika Syarikat (AS) berada di tempat keempat dengan ketinggian 442 meter.
Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur berada di tempat kelima dengan ketinggian meter.Agensi
LEEDS KALAHKAN UNITED
Juara 11 kali, Manchester United tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas mengejut 0-1 kepada kelab Divisyen 3, Leeds United pada perlawanan pusingan ketiga yang berlangsung di Old Trafford, semalam.
Kekalahan paling memalukan United dalam pertandingan tertua di dunia dalam tempoh 26 tahun itu apatah lagi di depan penyokong sendiri menjadikan mereka satu-satunya kelab gergasi Liga Perdana England yang tersingkir paling awal


Ahad, 3 Januari 2010

ZAMRI KEMALANGAN J.18

LEBIH KURANG PULUL SEBELAS PAGI TADI RODONG KOI DATANG BORAK BORAK DIA KATA JOM MINUM KEDAI BIASA KOI KATA BARU LEPAS .....TAK LAMA LEPAS TU DIA PUN JALAN TAK LAMA PULAK LEPAS TU DIA TELEFON..... AKU ACIDENT NI ..TERKEJUT BESAR KOI NAK MUJUR NYA DIA SELAMAT ANAK NYA SAJA LUKA SIKIT



INI LAH RUPA ACIDENT RODONG KOI TU ......KERETA DGN LORI

Sabtu, 2 Januari 2010

AINA DENGAN ALIF DI KUBANG GAJAH

BERGEGAR BANDAR TEMERLOH HARI INI DIBUAT OLEH GENG GENG MOTOR BESAR TERMASUKLAH DUA ORANG RODONG KOI NI ....CIKGU
ALIF ALIF BUKAN MAIN AWAK YEK ....MACAM DI F1 SEPANG JER


AINA PUN TAK KURANG HEBAT NYA.....MACAM MODEL MOTOR JER


MAAF YA ........NI BUKAN DI SEPANG TAPI DI TEMERLOH




KUBANG GAJAH NAMA TEMPAT NYA ATAU SURAU BUKIT ANGIN




ADA GAYA TAK AKU NI .........MODEL MOTO KAWASAKI




ALIF CUBA NAK NAIK ...TAPI TAKUT... BUKAN TAKUT NAIK TAPI TAKUT TUANYA







ALIF KATA LAWA NYA MOTOR NI...TUANYA KATA NAK AMBIL GAMBAR PERGILAH APA LAGI






































INI LAH TEMERLOH AWAL TAHUN BARU 02.01.10








Jumaat, 1 Januari 2010

01.01.10..BANDAR TEMERLOH

inilah restoran paling banyak kenangan koi ,dari koi kecik sampailah ke tua ni.sekarang ni dah ada tiga cawangan tapi yang asal ni masih ditempat lama hari ini 01.01.10 hari pertama dibuka semula selepas di ubah suai selama empat bulan.....gambar tu yang lama yang baru tunggu .....koi biasa la hari ini kena teh tarik roti kuah kari sambil tengok surat kabar perati jugak kot ada rodong rodong
inipun gambar lama kedai ni pun dah tak ada dulu kedai nasi ayam cina kalau bulan puasa tak usah cakap la...... sekarang ni kedai runcit hotel tu pun koi banyak kenangan juga





ini pun serupa juga tapi tak sama koi tanya rodong koi awak tau dimana ni puas dia meneka sebab dulu lain sekarang lain ....inilah tempat biasanya sebelum koi kena air koi mesti beli surat kabar



jalan tengku abu bakar masa koi kecik dulu kalau masa nak masuk sekolah tak usah cerita la sesak